23 November 2010

~About Love~

Cintaku,
Maafkan aku,
Aku terpaksa melepaskanmu,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu..
Cintaku,
Maafkan aku,
Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Tapi seribu kali sayang,
Impian hanyalah impian,
Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit,
Aku beralah,
Kerana aku tahu,
Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu,
Lebih dariku..
Cintaku,
Maafkan aku,
Kerana pernah menyukaimu,
Kerana pernah menyayangimu,
Kerana pernah merinduimu,
Kerana pernah mencintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Ku biarkan ia berlalu,
Bersama-sama titisan air hujan,
Yang turun membasahi bumi,
Seperti mana membasahi jua hatiku ini..
Cintaku,
Maafkan aku,
Ku harap,
Engkau berbahagia,
Bersama si dia yang tercipta untukmu..
Biarlah aku di sini,
Terus menanti,
Dan terus mencari,
Andai ada jodohku,
Ada lah si dia untukku,
Semoga Allah perkenankan doaku ini..
Amin..
Maafkan aku,cintaku..

Bercinta...
Ada yg cakap cinta tu perlu dicari..
dan ada yg kta cinta xperlu dicari nnti dia akan pergi..
macam2 pendapat org kan..
bagi aku cinta tu tak perlu dicari sbab Allah dh jodohkan kita dengan sesorang sejak azali lagi..
Banyak orang yg lebih tua dri aku pesan la belajar dulu baru becinta.. Tapi kalau dh ada org yg sygkan kita cmna plak?? tak di nafikan aku pon bercinta.. huhuu.. tp tu hak masing2 la kan... Kadang2 tu aku tepikir gak knpa la aku bercinta ni.. mcm la aku nk khwin ngan dia nnti.. hehhee :)
Tp aku pcaya klau ada jodoh nnti mungkin aku dengan dia.. klau tak dk aku terima ja.. :)


No comments:

Post a Comment